Dilarang sebar perkara aib
DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya daripada suatu kesusahan daripada kesusahan pada hari kiamat.
"Dan barang siapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan akhirat."Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat."Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya."Barang siapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga."Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, dikelilingi malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa di sisi-Nya."Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya, maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya."